Kisah seorang abang dgn adiknya Muaz..

By: Raushan Naim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 1-Nov-2006 03:48 Email | Share | | Bookmark
Dari jauh ku pohon maaf..

 
 
 
View all 6 photos...
Aiseh..Lupa lak ari tu nak letak kad raya nih...Tapi bleh laku lagi kan?


Tahun ni bonda desak ayah betul2 jadi buat gambar keluarga dgn baju raya suma.
Sejak ayahbonda kawin 5 tahun dulu, tak sempat2 langsung nak bergambar raya.
Mumula pagi tu nak gi Taman Tasik Ayer Keroh..Tapi langit mcm dah mula mendung skit.
Ayah kata baik kita gi bergaya kat Dataran MBMB je lah...5 minit je dari rumah.


Utk gambar ni ayah guna Fourpod gantikan tripod ayah yg rosak...

Raushan seronok sakan bergaya dgn baju Kurta Hritik Roshan..


.


Sunday, 8-Oct-2006 15:47 Email | Share | | Bookmark
Just the two of us

> Smile Muaz!





Thursday, 5-Oct-2006 02:30 Email | Share | | Bookmark
Raushan Naim dan Bidan Esah

> Raushan gedik!
Sepanjang minggu pertama bunda berpantang kat Benut,
Tok ibu telah menempah Bidan Esah untuk menjaga bunda.
Tiap tiap pagi dia datang dgn mengayuh basikal antiknya..hihi

.
.
.


Thursday, 5-Oct-2006 01:16 Email | Share | | Bookmark
Raushan Muaz cukur rambut..

> Rambut Muaz bernialai RM13.10
.
> Pagi hari ke 7...Bidan Esah memandikan Muaz selepas mencukur rambutnya.



Tok Abah telah membawa rambut Muaz ni ke kedai emas di Pontian untuk ditimbang..
Berdasarkan nilai emas semasa, rambut Muaz ni bernilai
RM13.10sen .

Ayah plan nak buat aqiqah Muaz masa cuti skolah bulan seblas nanti...Insya Allah!

"Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu Jelas Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.
Utusan Malaysia 11 September 2006 .
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.



Tuesday, 26-Sep-2006 14:38 Email | Share | | Bookmark
Alompak A Go Go!

> Raushan Muaz pemain tamborin.
> Raushan Naim pemain gitar utama
> Bonda Raushan sebagai penyanyi.
View all 4 photos...

.
.
Sempena raya tahun ni, ayah dah tetapkan kami 4 beranak beraya sakan dgn imej 60 an.
Selain beraya, kami juga akan mengadakan persembahan gitar rancak dari rumah ke rumah.
Nantikan irama a go go touch n go D'Peria Boy n cikgu Daslina yg akan menggegarkan
periuk belanga rumah anda.

EdiT > Timokasih Aunty Zain di atas pembetulan tajuk di atas.hihi...Alompak ye...


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net